Manjung: “Alhamdulillah, akhirnya impian saya untuk memiliki tangan tercapai. Saya berasa tidak sabar hendak ke sekolah untuk menunjukkan tangan (mekanikal) ini kepada kawan-kawan,” kata Adam Danial Zaizan, 10.
Adam Danial yang lebih mesra dipanggil Adam dari Taman Sejati, Sitiawan, dekat sini, yang kudung empat jari kiri sejak dilahirkan menerima set tangan mekanikal atau tangan bionik daripada Samudera Selatan Technical Centre ciptaan Sujana Mohd Rejab, 47, atau lebih dikenali Pak Su.
Tangan cetakan mekanikal bertujuan memulihkan otot tangan sebelum dilengkapi kuasa bateri, motor dan sistem elektronik.
Menurut Adam yang minat menunggang basikal, selepas menyaksikan berita seorang budak lelaki yang hampir sebaya dengannya di televisyen menerima tangan mekanikal itu, dia teruja untuk memilikinya dan menyuarakan hasrat itu kepada ibunya, Hamizun Yahya, 45.
“Hampir setiap hari saya akan bercerita kepada rakan sekelas yang saya akan memiliki tangan robot dan mereka juga teruja serta tidak sabar melihat tangan baru saya.
ADAM cuba memegang telefon menggunakan tangan bionik sambil diperhatikan Sujana (kanan) dan keluarga.