Mungkin Itu Yang Terbaik Telah Dibuat, Biarlah Dia Pergi dengan Aman

Sepang: Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia muncul pelumba terbaik negara pada sesi kelayakan Moto2, hari ini.

Dia mencatat dua minit 07.643 saat untuk bermula di petak ke-15 pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), esok.

Sementara pelumba Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah akan bermula di petak ke-18.

Seorang lagi pelumba negara, Ramdan Rosli yang beraksi menerusi tiket wild card bersama pasukan Petronas AHM Malaysia, gagal mencatat masa terbaik sekali gus bakal bermula di petak ke-30.

Thomas Luthi dari pasukan Derendinger Racing Interwetten mengungguli sesi kelayakan dengan catatan 2'06.383s untuk bermula di petak pertama.

Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 9:35 PM