Lelaki yang jatuh cinta harus perjuangkan cintanya. Oleh itu, ketahuilah apa yang disukai wanita atau tidak. Walaupun kaum wanita ini adalah kompleks, leceh dan kadang kadang menggeramkan, ketahuilah apa yang mereka suka pada seorang LELAKI.
1. Percaya pada diri  : Yup, bila kita percaya pada diri, ianya adalah satu permulaan untuk kita melakukan perkara positif. Contohnya, anda tahu wanita tersebut tidak suka atau fobia dengan lelaki, tapi anda mencuba, dan berusaha baiki diri, untuk dia percaya bahawa anda adalah calon yang sesuai. Dan jika direject sekalipun, tapi anda sudah yakin anda mahukan si dia, percaya pada diri bahawa anda boleh berubah dan buat si dia bertukar fikiran.

2. Rajin    : Ade perempuan, dia tidak memilih sangat. Miskin atau kaya seorang lelaki tu, tapi kalau bercinta pandai, cari duit malas. Itu sangatlah dibenci. Si wanita suka lelaki yang rajin.  Jika sikap malas bertukar jadi rajin, sudah tentu kewangannya akan kukuh walaupun nanti si isteri harus membantu. Si isteri tidak kisah jika kena bekerja menambah pendapatan tapi jangan sampai dia kena menanggung si suami yg pemalas pulak.
3. Kelakar     : Aha, lelaki yang kelakar, dan pandai buat lawak, memang mudah membuat orang sekelilingnya tersenyum. Perhubungan pun mesti tak bosan kan. Namun,jangan pula buat lawak terlampau atau lucah. Gerenti dibenci. Tunjukkan lawak bersahaja. Konpem terrindu-rindu bila berjauhan. Terlalu serious juga akan membuat pasangan takut untuk bersama anda. So, please balance kan keadaan ye.
4. Menjaga kebersihan :    Ok, walaupun anda seorang pekerja kontrak sahaja atau pekebun, atau apa sahaja yang membuat anda mudah berpeluh,  pastikan anda menjaga kebersihan bila berada di sampingnya. Bila bersih, pasti dia suka dan rasa nak peluk peluk je kamu wahai lelaki. Untong kan ? Ha, Jangan pulak keluar pun pakai baju tak beriron, rambut tak bersikat, atau ketiak tak letak deodorant ! Rambut berkutu?? Oh. NO !
5. Penyayang :     Sikap ni bukan perlu ada bila bersama wanita yg anda sayangi sahaja. Tapi perlu ada pada banyak makhluk. Contoh, sayangkan kanak-kanak, adik beradik dan haiwan. Kalau wanita tu lihat anda menzalimi haiwan, tidak tahu melayan kanak-kanak, anda akan dicop sebagai kejam ! Dan konpem dia reject sebab nanti dah ada anak pun, sudah tentu diperlakukan begitu suatu hari nanti. Kan ?
Kata-kata-cinta
6. Memahami  :     Ok, part ni paling susahh kan. Walaubagaimanapun, si lelaki haruslah cuba memahami pasangan anda sebab kelak, dia bakal menjadi teman sehidup semati kalian. Bila masa dia marah, cuba kenalpasti apa yang dia suka anda buat,memohon maaf bila anda tahu anda bersalah, Ucapkan terima kasihh agar dia rasa dihargai, bukan sekadar memanggil “sayang” , “baby”  tapi selalu sangat sakitkan hati si dia dan tak pernah nak paham !
7. Menjaga hubungan dengan Tuhan  :    Ini adalah part paling dan sangat penting dalam hubungan kerana jika tak tahu menjaga adab dan hubungan dengan Dia, yes….hubungan mudah goyah. Bukan tu saja, malah kehidupan menjadi tidak teratur sebab dalam hati tiada rasa sayang pada Dia yg ESA. Seorang lelaki yang bakal menjadi suamiharuslah tahu serba sedikit mengenai agama. Sekurang kurangnya basic agama pun dah ok.
8. Berilmu dan berpengalaman.   Wanita tidak suka lelaki yang mengharap atau bergantung pada orang lain. Mereka sukakan lelaki yg berilmu serta berpengalaman kerana mereka suka meminta pendapat bila berlaku sesuatu perkara. So, jadilah lelaki yang berilmu lagi berpengalaman. Mungkin tidak semua benda anda tahu, tapi pastikan ada sedikit bekalan sepanjang kehidupan.
9. Berpakaian melayu lengkap   :   Ada wanita suka yang cenggini. Bersongkok, berbaju melayu dan bersamping sekali ! Sebab tu bila nikah je rasa smart, segak berbaju melayu rupanya ! Hehe, actually, terserlah sifat kelelakian bila lengkap berbaju melayu, macam lelaki melayu terakhirr…. If he is a malay lah. Tapi kalau salman khan berpakaian melayu ? SMART gak kannn?
Apa pun, jadilah diri sendiri, tapi jadi yg terbaik…berubah mengikut keperluan serta kehendak dan berhati hati dalam memilih sang wanita  untuk hidup bersama. Lelaki juga manusia, tidak mungkin perfect sangat, kan :)