GUNA TAKTIK DALAM FILEM BUDAK BERJAYA LARI DARI PENCULIK



SEORANG remaja berusia 13 tahun telah berjaya melepaskan dirinya daripada penculik menggunakan taktik yang dipelajari menerusi filem gangster yang ditontonnya.

Menurut laporan media tempatan, remaja lelaki yang dipanggil Yi itu tinggal berdekatan dengan bandar Deyang di Wilayah Sichuan.

Dia dilaporkan telah diculik pada 24 September lalu ketika sedang berjalan kaki berseorangan di situ.

Yi diculik dan dibawa ke satu rumah usang berdekatan dengan tangannya diikat ke belakang bersama kaki serta kepalanya dibaluti dengan plastik dengan lubang yang besar untuknya bernafas.



Walau bagaimanapun, sebaik Yi mendengar penculik tersebut keluar dari rumah itu, dia bertindak untuk melepaskan dirinya dan berjaya keluar ke jalan raya untuk meminta bantuan orang yang lalu di kawasan itu.

Mangsa memberitahu dia nekad melarikan diri kerana pernah menonton filem aksi/gangster yang menunjukkan situasi yang sama dihadapinya ketika itu.