IZREEN AZMINDA KRITIK PERSEMBAHAN TEATER AMAR BAHARIN

SEBAGAI rakan artis yang sentiasa menyokong aktiviti seni rakan lain, Izreen Azminda baru-baru ini memberikan kritikan jujur mengenai teater yang sedang hangat dipentaskan di Istana Budaya, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Naskhah teater yang mula dipentaskan sejak Isnin lalu mempertaruhkan pelakon Nabila Huda dan Amar Baharin sebagai teraju utama yang membawakan watak Hayati dan Zainuddin.

Gandingan Amar, Nabila Hidupkan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Menerusi laman sosial Instagram, Izreen menyatakan dia berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan oleh Nabila namun merasa sedikit kecewa dengan lakonan Amar yang disifatkannya tidak berjaya menjiwai watak dengan sebaiknya.
Nah, baca hasil komentar Izreen mengenai teater karya Prof Dr Hamka ini.
izreen1
izreen
Mungkin selepas membaca kritikan membina dari Izreen ni, Amar boleh memperbaiki lagi skil lakonan teater agar dirinya selepas ini dilihat boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pelakon yang mempunyai asas teater yang lain. MYNEWSHUB.CC
Teater beri Nabila Huda kepuasan dari cabaran berbeza